Monday 6 July 2015

Love with an expiry date

Cerita ni ade kaitan dgn yg hidup. Net tak berniat nak mencela mana2 pihak, sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Ade seorang insan ni. Dia sedara net. Beberapa hari lepas net dapat tahu dari parent net yg dia baru sahaje bercerai. Terkejut beruk net.

Kenape?

Sbb sepanjang hidup net, net merupakan saksi cinta diorang. Dari saat pertama dia bawa wanita tu berjumpa parent dia, saat2 dia melafazkan akad nikah, bersanding hinggalah melahirkan 4 cahaya mata.

Net xsuka jaga tepi kain org, so net tak sedar yg diorang ni rupanya ada masalah. Ada satu ketika je yg tertimbul tanda tanya, bile sedara net ni mintak tolong drive kan dia dr umah grandparent net ke umah dia. Kata dia, dah takde transport. Net tanya, kenapa x mintak isteri je tolong drivekan, sedangkan net time tu jauh dari dua2 tempat. Alasan dia, isteri dia overtime, nak tunggu lama sgt. Sedara punya pasal, xpelah, net tolong jugak walaupun husband net mencebik jugak sbb alasan dia kurang meyakinkan.

Dua hari lepas, sedara net ni pun datangla berjumpa parent net. Dia kata baik parent net tahu citer ni dari mulut dia, bukan dari mulut org lain.

So alkisahnya, masalah ni timbul sejak setahun lepas. Wife dia asyik overtime je. Bile call tak jawab. So sedara net ni dah suspicious, so dia pegilah opis wife dia, tgk dah tutup. Mulala misi private detective sedara net ni.

Siasat punya siasat, wife dia rupanya berjumpa dgn lelaki lain. Siap pegang2 bahu gitu. Dia siap snap gambar sbgai bukti. Sedara net ni tanyalah org2 opis wife dia, rupanya satu opis dah tahu. Sedara net call pulak isteri lelaki tu........tapi.....isteri dia kata dia redha je (Amboi, kalau net, dah lama net melenting kot).

Bile sedara net confront wife dia, wife dia bagi alasan sedara net ni tak romantik. Contoh, xnak pun belikan dia underwear mcm lelaki lain (Bile dgr jek, net tanya husband net "Bie, belikan I spender". Husband net pun jawab "Haritu dah byk kali nak beli, u gak yg cakap xnak, kata tunggu dululah". "K, nanti belikan k. hehe")

Net tak puas hati sbnarnya sbb kalau nak dibandinkan dgn family net, net tak penah pun nampak mak ngan ayah net pegang2 tangan, jalan gi vacation sesama, jauh sekali nak panggi sayang ke ape ke. Tapi alhamdulillah diorang steady sampai skrg. Inikan sedara net, yg net saksi sendiri siap bercuti ke gold coast, menunaikan haji sesama dan setahun lepas siap dpt pegi umrah kali ke dua.

Dan satu lagi net tak puas hati, net penah bergurau tanya anak dia "Mana bf?" (Sbb net tahu dia ade bf. Dia jawab "Mama tak kasi. Bf bf ni dosa". Alhamdulillah dgr bile dia cakap camtu, betapa solehahnya anak dia dgr cakap ibu dia tapi.......ape jadi ngan ibu dia ni yg merupakan isteri org tapi kluar dgn lelaki lain?????

Anak dia ni juga lah yg discover mak dia cheat ayah dia, lalu dia nangis2 bgtau ayah dia.

Net pandang je husband net. Terpikir, ape akan jadi 10 tahun lagi. Sedara net dah nak 20 tahun kawin, anak pun dah 4. Husband net pun cakap, kadang2 yg upload gambar hepi2 vacation ngan family, celebrate bday best2 ke, kadang2 merekalah yg ade masalah. Kite tunjuk hepi depan org, blakang org Allah je yg tahu.

Net doa, net dijauhkan dari masalah macam ni dalam rumah tangga net. Net tgh blaja appreciate husband net. Mana nak cari husband yg sanggup tolong jemur kain, sanggup tolong masak, sanggup gosok kain. Biarlah kami tak byk harta, tapi kami sentiasa cukup dgn rezeki yg ada. Biarlah xupdate status fb utk anniversary ke, xdpt Prada ke, sbb mati tak bawak semua tu. (Peringatan pada diri sendiri, sila rujuk post ini 10 tahun lagi hew hew hew)

Tamat

0 comments:

Post a Comment